Proweb Design Solutions SSM No:KC0022947-W

+60194358969

Skype

019 435 8969

Whatsapp

sales@biz2u.biz

Email

Sekiranya saya berminat, apakah keperluan yang perlu saya sediakan?
Sekiranya anda berminat, sila isikan borang untuk sebutharga dan pihak kami akan menyatakan keperluan yang anda perlu sediakan.

 Bagaimana proses pembayaran untuk sesuatu pakej?
Untuk permulaan, deposit seperti yang dinyatakan didalam sebut harga dikenakan dan bakinya perlu dijelaskan setelah selesai iaitu sebelum pelancaran website tersebut

 Bagaimana cara pembayaran?
Kami hanya menerima bayaran samada melalui tunai, cek atau bank-in untuk akaun bank tertentu sahaja.

 Bagaimana setelah tempoh jaminan tamat?
Setelah tamat tempoh jaminan, sekiranya ada beberapa penambahan atau penyelenggaran, anda perlu membayar untuk mendapatkan perkhidmatan kami dengan sedikit kos.

 Sekiranya saya berada dilokasi jauh, macam mana saya ingin berurusan dengan anda?
Kita boleh berurusan melalui email atau telefon. Anda boleh menghantar bahan-bahan melalui email.

 Bagaimana untuk saya menguruskan sendiri laman web tersebut?
Kami akan sediakan manual untuk anda mengemaskini laman web tersebut.

Syarikat / perniagaan saya belum memilikki laman web sendiri.apa yang harus saya buat untuk memilikki satu laman web?

Jawapan:

Jika anda belum mempunyai laman web, anda haruslah mencari seseorang yang boleh membangunkan laman web mengikut konsep dan kesesuaian perniagaan anda.

Sejauh manakah pentingnya laman web untuk perniagaan saya?

Jawapan:

Sejauh mana anda berharap tentang masa hadapan perniagaan anda, sejauh itulah pentingnya laman web rasmi anda.

Laman web rasmi membawa IMPRESSION kepada pengunjung, tidak ubah seperti “kedai online” dan “wakil syarikat“. Itu pasti.

Saya tidak tahu cara memulakannya.bagaimana caranya?

Jawapan:

Dapatkan khidmat runding cara terlebih dahulu. Khidmat runding cara (khidmat rundingan) ataupun consultation adalah penting dalam menentukan apa yang sesuai dan apa yang tidak.

Khidmat runding cara yang bagus selalunya akan berakhir dengan hasil yang memuaskan hati semua pihak.

Saya takut ditipu

Jawapan:

Semua orang tidak suka ditipu. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya menyelidiki atau melihat profile pengendali laman web yang ingin anda upah itu. Jika servis atau khidmat yang diberikan itu disukai oleh pelanggannya yang terdahulu, itu bagus.

Pastikan anda mempunyai perjanjian “black and white” dan syarikat pengendali laman web tersebut telahpun berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Saya tidak yakin dengan laman web.Adakah laman web boleh membantu menaikkan nama syarikat saya?

Jawapan:

Jika itu yang ada dalam pemikiran anda.Kami minta maaf,kami tidak boleh bantu.Anda sendiri yang memilih untuk jadikan perniagaan anda 20 tahun jauh ke belakang berbanding dengan syarikat lain

Ada bukti?

Jawapan:

Kami mengambil contoh sebuah pasaraya terkenal dan terbesar di Malaysia iaitu TESCO.Setiap hari pasaraya ini di kunjungi oleh jutaan orang.Tetapi untuk pengembangan perniagaan,pasaraya TESCO terpaksa ikut keperluan semasa dengan memilikki laman web sendiri.Jadi ,kalau pasaraya yang terbesar juga ada buat perniagaan online,apatah lagi syarikat anda

Sebelum ini pun syarikat saya maju tanpa ada laman web?

Jawapan:

Pada pemikiran anda merasakan syarikat anda sudah maju.Mungkin majunya syarikat anda dalam lingkungan daerah anda bukannya maju ke serata dunia.Sudah puluhan tahun perniagaan anda beroperasi.Tidak pernah ada pelanggan dari luar negara.Tetapi dengan laman web kemungkinan besar anda akan dikenali seluruh negara atau dunia

Saya peniaga kayu kayan,apa perlunya laman web untuk saya?

Jawapan:

Bukan semua perniagaan boleh berjaya jika di’online’kan. Anda harus faham dengan perkataan POTENSI INTERNET yang diterangkan di atas tadi. POTENSI INTERNET bukan setakat jualbeli online, tapi perniagaan yang di’online’kan.

  • Jika anda menjual ikan, agak sukar untuk anda menjualnya secara online.
  • Jika anda menjual kayu kayan, agak sukar untuk anda menjualnya secara online.
  • Jika anda menjual nasi atau lauk pauk, agak sukar untuk anda menjualnya secara online.

Tapi laman web syarikat mampu untuk membantu anda pergi dengan lebih jauh lagi. Lebih MAJU!

  • Laman web rasmi syarikat mampu untuk menjadikan anda seorang pemborong ikan yang berjaya.
  • Laman web rasmi syarikat mampu untuk menjadikan anda seorang pembekal kayu kayan yang disegani ramai.
  • Laman web rasmi syarikat mampu untuk melebarkan perkhidmatan catering yang anda miliki.

Terangkan bagaimana laman web boleh membantu perniagaan saya

Jawapan:

Itu satu soalah yang bagus. Seorang usahawan adalah insan yang luar biasa. Mereka tergolong dalam kumpulan yang kreatif, berdaya maju, bervariasi dan berpandangan jauh.

Mencuba untuk MUNCUL dalam dunia internet adalah satu usaha yang bagus jika ingin DILIHAT oleh pengguna internet yang lain. Jika tiada laman web ataupun platform internet yang boleh mempromosikan syarikat/ perniagaan, bagaimana pengguna internet hendak mengetahui produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan?

Dengan adanya laman web rasmi syarikat, anda berpeluang untuk bersama-sama dengan pesaing lain dalam menambahkan jualan dan keuntungan syarikat. Itulah peluang dan POTENSI INTERNET.

Adakah laman web boleh mendedahkan perniagaan saya ke seluruh dunia

Jawapan:

Ya boleh!
Kelemahan yang seringkali wujud ialah rasa TIDAK PERCAYA kepada POTENSI INTERNET. Modal berpuluh ribu yang telah dikeluarkan dan tenaga kudrat yang telah diberikan seakan-akan tidak setimpal. Apabila ini berlaku, persoalan demi persoalan akan timbul.

Semua itu terjadi bukanlah disebabkan tiada jualan yang berlaku, tetapi disebabkan tindakan sendiri yang MENGHADKAN potensi syarikat/ perniagaan di mata dunia.

Pernahkah anda terfikir bagaimana dan dari mana AirAsia mendapat hasil jualan berjuta-juta ringgit sehingga menjadi sebuah syarikat yang besar???!

Saya sudah memilikki laman web sendiri tetapi inginkan pembaharuan.Adakah Zura Web Design ada sediakan perkhidmatan ini

Jawapan:

Ini merupakan antara perkara yang semakin mendapat perhatian di kalangan pemilik perniagaan/ pemilik laman web pada masa kini.

Seiring dengan budaya dan juga cara hidup masyarakat moden, umum sudah mengetahui bahawa pengguna internet hari ini bukanlah mereka yang terdiri dari mereka suka “surf” internet di cyber cafe seperti yang kita lihat 10-15 tahun yang lepas.

Hakikatnya internet sudahpun boleh dilayari oleh semua pengguna yang memiliki peranti komunikasi berteknologi tinggi seperti smartphone (Blackberry, iPhone) dan TabletPC (iPad dan Galaxy Tab) pada bila-bila masa… dan di mana jua.

Benar.
Pasaran internet semakin luas. Pun begitu, terdapat banyak lagi laman web yang tidak menyokong sistem “mobile internet” atau dengan lain perkataan “tidak mesra pengguna”.

Kesannya, laman web tersebut tidak boleh dibuka dan jika berjaya dibuka pun, rekabentuk laman web sudah berubah kerana sistem laman web yang tidak menyokong peranti yang ada.

Apabila ini berlaku, kebarangkalian untuk pengguna internet TIDAK melayari laman web itu teramatlah tinggi. Berbanding dengan sistem laman baru yang dinamakan sebagai SRW (Super Responsive Website).

Dan bagi jawapan bagi soalan di atas, IYA… sudah pasti kami boleh membantu.

Saya sudah memilikki blog,apa kah perlunya saya bertukar ke web

Jawapan:

Tujuan penggunaan blog atau web adalah sama tetapi berbeza dari segi rekabentuk dan persembahan juga berbeza pada cara olahan isi kandungan.

Saya sudah menggunakan laman sosial seperti Facebook untuk mempromosi perniagaan.Adakah saya masih perlu ada laman web?

Jawapan:

Facebook ialah satu laman web yang dimilikki oleh Mark Zuckerberg.Beliau mencipta kegemilangan dan kejayaan dalam perniagaan selepas memilikki sebuah laman web iaitu www.facebook.com.Ramai diantara kita yang menumpang laman web facebook untuk pelbagai tujuan.Sampai bila kita harus jadi penumpang pada laman web milik orang lain.Kini sudah tiba masanya kita milikki laman web sendiri.Mana tahu anda juga akan berjaya seperti Mark Zuckerberg

Saya sangat berminat untuk berniaga secara dalam talian tetapi saya tiada produk.Bagaimana untuk saya mulakan?

Jawapan :

Bagus.Anda berkeinginan besar untuk cari pendapatan tambahan melalui internet.Berbalik kepada ketiadaan produk,anda disyorkan supaya mengunjungi mana mana kedai pemborong sekitar anda.Sebagai contoh,jika anda berminat untuk berniaga tudung,cuba cari sekitar daerah anda kemungkinan ada pemborong tudung atau anda boleh buat carian google.Dapatkan senarai harga dan gambar tudung rekaan terbaru.Anda boleh berbincang dengan pemborong itu berkenaan harga dan sebagainya.

Anda juga boleh dapatkan khidmat bantuan dari kami .

Klik disini untuk baca kelebihan menggunakan laman web sebagai alat pemasaran yang paling berkesan

Bersambung ke halaman ini