Proweb Design Solutions SSM No:KC0022947-W

+60194358969

Skype

019 435 8969

Whatsapp

sales@biz2u.biz

Email
Apakah itu domain?
Analogi yang mudah untuk memahami domain ini ialah ibarat alamat atau nama perniagaan anda. Jika anda mahu membuka sesuatu syarikat di Malaysia, anda diwajibkan untuk mendaftarkan nama perniagaan anda. Untuk memiliki laman web, anda perlu mendaftarkan nama “domain” masing-masing.
Apakah itu web hosting?
Web hosting boleh diibaratkan seperti tempat perniagaan anda dijalankan. Contohnya di bangunan atau lot yang disewa untuk dijalankan sesuatu perniagaan. Di web hosting inilah segala “files” dan “databases” yang berkaitan dengan domain kita akan ditempatkan. Ibaratnya di sinilah segala barang-barang dan peralatan perniagaan anda ditempatkan.
Apakah itu server?
Server ialah komputer pusat yang menyimpan semua fail dan dokumen laman web anda. Apabila ada pelawat ingin melawat laman web anda, mereka akan disambungkan kepada server ini untuk memuat turun segala maklumat berkaitan untuk memaparkan laman web anda di browser komputer mereka.
Apakah itu custom email?
Setiap akaun persendirian membolehkan penggunanya membuat email mengikut kehendak masing-masing. Contohnya surat@websiteanda.com Email ini didaftarkan kepada domain masing-masing. Ia tidak seperti email Gmail atau Yahoo di mana setiap email pengguna mesti diakhiri dengan @gmail.com atau @yahoo.com
Apakah itu theme?
Theme boleh diibaratkan sebagai tema website. Bagaimana rekaan dari segi bentuk, warna, dan elemen-elemen lain yang digunakan untuk memaparkan sesuatu website itu.
Apakah itu plugin?
Plugin ialah alat-alat yang boleh dipasang atau install ke dalam website yang akan menaiktaraf website itu dari segi fungsi dan mempermudahkan sesuatu proses untuk dilaksanakan.
Bolehkah domain dibayar secara bulanan?
Domain hanya boleh dibayar secara tahunan. Tiada pilihan untuk bulanan. Ini ialah kebiasaan bagi mana-mana domain registrar.
Bagaimanakah cara untuk membayar?

Bagi sesiapa yang berminat, bayaran boleh dilakukan dengan bank-in atau online banking ke akaun Maybank kami. Maklumat akaun akan diberikan melalui email atau mesej peribadi kepada pihak yang berkenaan kerana setakat ini kami menggunakan akaun peribadi dan maklumat ini tidak disarankan untuk dipaparkan secara umum demi keselamatan dan privasi. Langkah-langkah untuk membuat bayaran:

  1. Hubungi kami untuk mendapatkan harga terkini dan harga promosi/diskaun jika ada
  2. Kami akan berikan maklumat akaun bank kami
  3. Lakukan pembayaran melalui bank-in atau online banking
  4. Maklumkan kepada kami dengan menyertakan “screenshot” resit online banking atau gambar resit bank-in ATM setelah bayaran dilakukan

Setelah pembayaran disahkan, kami akan melakukan pendaftaran dan pembayaran kepada syarikat domain dan syarikat web hosting. Jika anda melanggan servis kami, kami akan uruskan hal tersebut setelah pembayaran itu. Apabila semua urusan ini telah selesai, kami akan memaklumkan anda dengan maklumat username, login password sementara, dan lain-lain untuk masuk ke website anda.