Proweb Design Solutions SSM No:KC0022947-W

+60194358969

Skype

019 435 8969

Whatsapp

sales@biz2u.biz

Email

Fasa 1 – Pengumpulan Maklumat Awal

Pertama sekali, kami akan keluarkan sebut harga dan jika ianya dipersetujui oleh pihak anda, fasa pengumpulan maklumat awal akan dijalankan. Saya akan bekerjasama dengan anda untuk duduk bersama berbincang mengenai maklumat lanjut berkaitan rekabentuk laman web.

Fasa 2 – Rekabentuk Awal

Dalam proses ini saya akan melakarkan rekabentuk awal dan jika anda bersetuju dengan rekabentuk tersebut, maka proses rekabentuk akhir serta pengaturcaraan akan dilakukan. Sekiranya maklumat tambahan diperlukan, saya akan menghubungi anda untuk mendapatkan informasi tersebut.

Fasa 3 – Rekabentuk dan pengaturcaraan

Setelah maklumat diperolehi, saya akan menjalankan proses rekabentuk akhir serta proses pengaturcaraan mengikut maklumat-maklumat yang dikumpul semasa perbincangan sebelum ini. Sekiranya maklumat tambahan diperlukan, saya akan menghubungi anda untuk mendapatkan informasi tersebut.

Fasa 4 – Semakan

Setelah selesai proses rekabentuk akhir dan pengaturcaraan, maka proses semakan akan dilakukan oleh anda. Ini memastikan laman web yang dibangunkan oleh saya menepati dengan keperluan anda. Jika anda bersetuju, maka kita akan ke fasa 5.

Fasa 5 – Pembayaran, Daftar Domain, Pelancaran

Setelah selesai fasa semakan dan anda bersetuju, maka anda perlu membuat pembayaran dengan jumlah dipersetujui dan selepas proses pembayaran dilakukan, saya akan membuat pendaftaran domain dengan nama domain pilihan anda. Jika proses ini selesai, laman web anda akan ditempatkan di server hosting dan akan disiarkan secara online.

Fasa 6 – Penyelenggaraan

Tempoh penyelenggaraan bagi laman ini bergantung kepada tempoh yang dipersetujui oleh anda. Dalam proses penyelenggaraan, saya akan melakukan proses mengemaskini data, menyalin pengkalan data, membaiki ralat bagi sesetengah pelayar web, penambahan ciri-ciri keselamatan mengikut perkembangan semasa dan menaikkan taraf versi laman web (jika penyelengaraan melebihi setahun).