Proweb Design Solutions SSM No:KC0022947-W

+60194358969

Skype

019 435 8969

Whatsapp

sales@biz2u.biz

Email

Binalamanweb.esy.es dimiliki oleh PROWEB FOR YOU SOLUTIONS (KC0022947-W) yang beroperasi secara rasmi pada 31 OGOS 2013. Kami menawarkan perkhidmatan kreatif rekabentuk laman web professional dan web hosting, laman web korporat, squeeze website (minisite), akaun emel dan juga bagi memenuhi keperluan laman web yang semakin meningkat di samping menawarkan perkhidmatan dengan harga yang berpatutan. Matlamat Proweb For You Solution adalah untuk menyediakan rekabentuk laman web yang unik dan kreatif dengan penyelesaian hosting stabil dan murah. Berasaskan penyelesaian ini juga, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) boleh membina, memajukan dan menguruskan perniagaan mereka serta dapat menjana keuntungan melalui atas talian.

Proweb For You Solution ditubuhkan pada 2013 dan syarikat milikan tunggal ini dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera iaitu En. Wan Nordin Bin Wan Ismail. Syarikat kami adalah sebuah syarikat yang berasaskan teknologi maklumat yang memberi perkhidmatan internet khususnya laman web.Mempunyai pengalaman dan kemahiran mereka bentuk laman web sejak 2010.Kami mepunyai ramai pelanggan dari seluruh Malaysia dan Brunei

Objektif:

Objektif penubuhan syarikat ialah membekalkan perkhidmatan laman web dan hosting yang berkualiti disamping harga yang tersangat murah dan mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. Menjadikan pilihan utama orang ramai adalah apa yang kami ketengahkan. Kepakaran yang kami ada dalam bidang ini akan digunakan sepenuhnya untuk membantu para pelanggan kami yang menghadapi masalah dalam mengendalikan masalah hosting dan web design Ahli Persatuan Usahawan Internet Malaysia ( PUIM ) o Keahlian PUIM ialah : IM-201013-02449 Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia Proweb For You Solution Ref No:KC0022947-W

Misi & Visi

Kami mempunyai misi dan visi yang tersendiri. Selaras dengan kehendak pasaran dan juga saranan kerajaan melalui kempen celik IT, kami yakin misi dan visi syarikat kami akan tercapai.Hasrat kami adalah menjadi pembekal web yang terkenal dengan rekaan yang terkini dan harga yang murah serta berkualiti untuk semua lapisan umur samada golongan pelajar mahupun professional. VISI Berkongsi dan membangun bersama di dalam dunia IT, dengan harapan pencapaian yang dikecapi dapat memberikan manfaat kepada masyarakat sekeliling. MISI Untuk menjadi sebuah syarikat penyedia laman web yang disenangi ramai. Sentiasa membangun bersama dalam memenuhi kehendak semasa dan sebagai sebuah syarikat sokongan IT yang terbaik untuk syarikat-syarikat di Malaysia. Berusaha untuk mencapai MSC Status Company suatu hari nanti.kami menyediakan perkhidmatan berkualiti serta memberikan perkhidmatan sokongan yang sempurna adalah paling utama bagi kami untuk para pelanggan. Sebarang masalah yang timbul akan cuba diselesaikan dengan kadar yang cepat. Kepuasan pelanggan adalah perkara yang paling dititikberatkan.