Proweb Design Solutions SSM No:KC0022947-W

+60194358969

Skype

019 435 8969

Whatsapp

sales@biz2u.biz

Email

Sarat dengan ciri-ciri yang diperlukan oleh usahawan internet. Semua dalam satu. Kedai online dengan ciri paling hebat dan mantap!

Kami menyediakan anda dengan segala ciri yang anda perlukan dalam membina sebuah kedai online yang mantap :

  • Laman Web, Mobile Store
  • Nama domainShopping cart dengan ciri-ciri keselamatan.
  • Template ecommerce yang berkualiti.
  • Katalog produk.
  • Payment gateway.
  • Akaun emel.
  • Alat-alat pemasaran.
  • Sistem laporan.

Mobile Store

Urusniaga melalui mobile kian berkembang dari masa ke semasa. Hari ini, kebanyakan pengguna melayari dan berurusniaga di internet menggunakan gajet (mobile) sebagai medium utama. Berikutan itu, adalah sangat penting bagi setiap peniaga yang berniaga secara online memastikan bahawa kedai online mereka mempunyai paparan (interface) fleksibel yang mampu diselarikan dengan resolusi skrin gajet mobile. Pakej kami didatangkan PERCUMA dengan paparan beresolusi gajet seperti iPad, iPhone, Android dan semua jenis telefon pintar dan tablet.

Template Ecommerce Yang Berkualiti Tinggi

Memiliki sebuah kedai online yang cantik dengan design yang berkualiti tinggi bukan lagi satu perkara mustahil. Kami menyediakan template ecommerce yang berkualiti tinggi, fleksibel dan boleh diubah suai mengikut citarasa anda. Kini, setiap orang bakal mempunyai kedai online dengan paparan unik yang tersendiri.

Search engine Optimization (SEO)

Sistem ecommerce kami dirangka dengan fungsi mesra SEO. Ia dioptimum dan dikemaskini oleh pakar-pakar bagi memastikan struktur sistemnya mesra SEO sekaligus memberi kelebihan kepada anda mengatasi para pesaing dalam usaha merebut kedudukan tertinggi enjin carian.

Alat Pemasaran Terhebat

Sistem kami juga dipasang bersama alat-alat pemasaran yang terbaik seperti diskaun dan kupon, baucer, newsletter, sistem affiliate, mata ganjaran dan lain-lain. Ia memberi kelebihan kepada kedai online anda berbanding yang lain.

Pembayaran ke Bank Tempatan dan disokong Syarikat Kurier Tempatan

Anda tidak perlu bimbang, kami menyokong PayPal (Antarabangsa), Senangpay dan Billplz(tempatan). Selain itu, kami menyokong syarikat kurier tempatan seperti Pos Laju, Skynet, Citylink dan banyak lagi. Jangan ragu untuk membandingkan & menyemak kadar dan pilih satu yang anda suka..

6 Manfaat Buat Anda Sebagai Penjual Produk

packing

Sesuai Untuk Mereka Yang Menjual Produk Fizikal dan Digital

Kedai Online ini amat sesuai bagi mereka yang menjual produk-produk fizikal dan digital yang mempunyai pelbagai jenis pilihan dalam satu-satu masa. Contohnya anda yang menjual baju, tudung, kasut, aksesori fesyen, makanan kering, buku, gajet elektronik, ebook atau apa sahaja produk yang anda tawarkan mempunyai lebih daripada 1 jenis.
online-shopping

Automasi Proses Tempahan – Buat Jualan Sambil Tidur!

Ya, dengan laman E-Commerce, tak mustahil walau anda tidak berada depan komputer dan tak online pun, jualan anda tetap boleh masuk! Ini kerana sistem laman Kedai Online dilengkapi dengan sistem Borang Tempahan termasuk kos postage penghantaran yang perlu pelanggan anda bayar. Mereka turut akan menerima invois dan resti pembayaran melalui email sahaja sebaik sahaja mereka pilih produk yang ingin dibeli secara automatik!
laptop

Mudahkan Pelanggan Anda Lihat Produk Anda

Anda boleh letakkan imej-imej produk anda daripada pelbagai sudut yang anda ambil di Kedai Online anda dengan lebih tersusun, teratur dan profesional. Dengan adanya fungsi ‘gallery album’, ia memudahkan prospek anda untuk lihat lebih jelas pelbagai pilihan produk anda.
email-marketing-icon

Tangkap’ & Buat Untung Dengan Database Pelanggan

Jika anda pernah dengar, ramai Guru Pemasaran pernah menyebut, database ialah mesin ATM anda! Ya, memang istilah ini tepat sekali. Kos pemasaran untuk dapatkan jualan daripada prospek baru jauh lebih mahal berbanding anda dapatkan jualan daripada pelanggan yang pernah membeli daripada anda. Sistem laman web E-Commerce lazimnya disertakan sekali dengan fungsi untuk menyimpan data-data pelanggan anda. Anda boleh hubungi mereka pada bila-bila masa untuk mewar-warkan promosi jualan yang anda langsungkan
brand

Pelanggan Lebih Percaya Untuk Berurusan Dengan Anda

Disamping anda mampu bina jenama anda sendiri dengan adanya Kedai Online, secara tidak langsung bakal prospek anda akan lebih percaya & yakin untuk berurusan dengan anda secara maya. Anda mampu tingkatkan kredibiliti anda dengan adanya sebuah laman Kedai Online Dot Com berbanding hanya jika anda mempunyai Blogshop yang boleh dibina secara percuma
inventory_management-300x30

Pengurusan Inventori Yang Menyenangkan

Di laman Kedai Online anda, anda dengan mudahnya pada bila-bila masa boleh update stok produk terkini yang anda ada di tangan. Tak perlu pening-pening tiap kali perlu jawab soalan prospek anda secara SMS atau email hingga menggangu waktu tidur tengah malam anda. Di laman Kedai Online anda, prospek anda dengan jelas boleh lihat status stok terkini. Mereka turut akan menerima invois dan resti pembayaran melalui email sahaja sebaik sahaja mereka pilih produk yang ingin dibeli secara automatik!

Masih Ragu-Ragu Nak Buat Tempahan Perkhidmatan Kami Ini? Sini Kami Berikan Jaminan Pulangan Wang!

Dengan setiap tempahan perkhidmatan pemasangan ‘Kedai Online’ ini daripada kami, anda akan disertakan sekali dengan jaminan kepuasan 100% dalam masa 30 hari. Jika dalam tempoh masa 30 hari bermula tarikh pembelian anda, anda masih tidak berpuas hati dengan kualiti hasil kerja Kedai Online kami, kami dengan rela hati pulangkan wang anda. Ya, kami akan pulangkan wang anda TANPA BANYAK SOAL! Sememangnya segala apa yang kami janjikan mengikut setiap pakej yang anda ambil akan kami kotakan