+60194358969

Skype

019 435 8969

Whatsapp

sales@biz2u.biz

Email

Title

Autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et dolore feugait.

Author Archive %s Proweb Solutions

Kriteria Menentukan Nama Website Anda

Bagi mereka yang masih baru dalam dunia laman web, pasti agak sukar dalam memilih nama website. Hal ini kerana pelbagai sudut yang difikirkan bagaimana cara untuk membuat penjenamaan website tersendiri supaya mudah dilawati dan menjadi tarikan visitors untuk melayari atau menggunakan laman web tersebut. Artikel kali ini saya sediakan untuk membantu bagaimana cara memilih nama website yang baik.

1. Gunakan nama website yang unik, ringkas dan mudah untuk ditaip.

Penggunaaan nama website yang unik, ringkas dan mudah untuk ditaip akan menarik pengguna untuk melayari laman web kita semula. Dengan nama yang ringkas dan mudah untuk ditaip, pengguna dapat menghafal laman web kita dengan mudah , dibandingkan dengan nama laman web yang panjang dan sukar untuk ditaip. Gunakan perkataan yang mudah dibaca dan bermakna.

2. Gunakan nama website yang berkenaan dengan fungsi atau penjenamaan website.

Fokus nama website sebagai ‘branding’ bagi produk anda ataupun sinonim dengan fungsi website tersebut. Sebagai contoh gunakan niche sebagai fungsi, penjenamaan sendiri ataupun nama domain yang kreatif. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis extension domain seperti .com , .com.my , .ml , dan .xyz. Sebagai contoh domain kreatif ‘subscri.be’.

3. Gunakan bahasa pengguna yang anda ‘target’.

Ya, gunakan bahasa pengguna yang anda target. Sebagai contoh, sekiranya anda target pengguna negara Malaysia untuk melayari laman tersebut, anda boleh menggunakan bahasa melayu untuk nama domain tersebut supaya pengguna yang anda target mudah untuk mengingat nama domain anda.Sekiranya pengguna negara lain membaca nama domain tersebut, berkemungkinan mereka memerlukan ‘Google Translate‘.

Disini saya sediakan satu aplikasi dimana anda boleh mendapatkan idea untuk nama website anda iaitu http://www.bustaname.com/ . Pilih domain maker pada website tersebut dan isi apa nama domain yang anda mahu pada awalan domain. Laman web tersebut akan rekomendasi nama web yang boleh anda gunakan.

Sudah ada domain ? Mahukan hosting berkualiti dan murah ?

Kelebihan Hosting kami :

  1. Uptime 99.9% . Website anda sentiasa online, tiada masalah server down atau sebagainya.
  2. Menggunakan Cpanel.Dengan menggunakan Cpanel, amat mudah untuk andamonitor serta manage website anda.
  3. Sekiranya anda kurang pengetahuan dalam coding, ada juga disediakan SiteBuilder untuk memudahkan anda membuat website secara drag and drop.
  4. Disediakan 4500 Website templates secara PERCUMA selagi anda melanggan hosting kami.
  5. Disediakan 400+ Video Tutorials sekiranya anda ingin belajar dengan lebih mendalam tentang Web Hosting.

Apa Itu Web Hosting & Domain

Apa itu domain dan hosting ? Bagi yang baru berjinak-jinak untuk membuat laman web ataupun mereka yang ingin menggunakan laman web sebagai platform mereka, pasti ada diantara mereka yang keliru, apakah perbezaan bagi domain dan hosting ?

Apa itu domain ?

Domain adalah address ataupun alamat laman web anda. Sebagai contoh, saya menggunakan address http://www.webdesigner.my dan itu adalah domain saya. Anda perlu fikir nama domain yang menarik, ringkas, mudah ditaip dan mudah diingati kerana sekiranya domain anda terlalu panjang dan sukar diingat, ia akan mempengaruhi return visitor yang bermaksud, adakah mereka akan kembali untuk melayari laman web anda. Saya ada memberikan beberapa tips untuk memilih domain sebelum ini, anda boleh layari :http://bm.webdesigner.my/cara-pilih-domain/ . Fungsi domain ini adalah sebagai nama/alamat untuk laman web anda.

Apa itu hosting ?

Hosting adalah storage ataupun penyimpanan fail-fail dan data laman web anda untuk dipaparkan sekiranya visitor klik ke address domain anda. Segala kandungan laman web anda seperti teks, gambar, video, data dan sebagainya akan disimpan didalam hosting. Selain itu, sekiranya anda inginkan subdomain seperti login.domain.com atau sebagainya juga boleh dibuat dengan adanya hosting (sekiranya hosting tersebut menyediakan perkhidmatan tersebut).

Selalunya harga domain bergantung kepada jenis address yang dimahukan, biasanya dalam harga serendah RM45  untuk harga domain ataupun renewal tahunan domain. Untuk hosting pula, bergantung kepada perkhidmatan yang diberikan oleh hosting tersebut. Anda perlu mengenalpasti apakah kelebihan perkhidmatan yang diberikan untuk mendapatkan servis terbaik dari pihak hosting.

Sudah dapat bezakan domain dan hosting ? 🙂

Mahukan hosting berkualiti dan murah ?

Kelebihan Hosting kami :

  1. Uptime 99.9% . Website anda sentiasa online, tiada masalah server down atau sebagainya.
  2. Menggunakan Cpanel.Dengan menggunakan Cpanel, amat mudah untuk anda monitor serta manage website anda.
  3. Sekiranya anda kurang pengetahuan dalam coding, ada juga disediakan SiteBuilder untuk memudahkan anda membuat website secara drag and drop.
  4. Disediakan 4500 Website templates secara PERCUMA selagi anda melanggan hosting kami.
  5. Disediakan 400+ Video Tutorials sekiranya anda ingin belajar dengan lebih mendalam tentang Web Hosting.

10 Kelebihan Memilikki Laman Web

SEBAB 1 ( Bila-bila masa sahaja)

Bila sebut sahaja tentang bisnes online, sebenarnya anda boleh berbisnes pada bila-bila masa! Tiada ‘office hour’ seperti kena masuk office pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Semuanya bergantung kepada ketetapan masa anda! Lebih lama anda online (online dengan tujuan bisnes), maka lebih banyak pulangannya!

SEBAB 2 ( Di mana-mana sahaja)

Anda runsing tentang tempat untuk anda melakukan aktiviti bisnes anda?? Jangan risau! Dengan bisnes secara online, anda tidak perlu runsing memikirkan untuk sewa pejabat khas! Pejabat anda dimana-mana sahaja!

Mungkin kalau anda rasa ‘malas’ hendak keluar rumah, dalam bilik pun boleh jadi office anda. Atau kalau rasa bosan dalam bilik, anda boleh ‘lepak’ di warung-warung yang ada wifi. Seronok bukan?? Jadi, dengan bisnes secara online, anda boleh beraktiviti dimana-mana sahaja!

SEBAB 3 ( Pelanggan satu dunia)

Jika anda seorang usahawan, punca pendapatan anda tentunya bergantung kepada pelanggan, betul kan??

Sekiranya anda membuat bisnes secara ‘offline’, pelanggan anda begitu terhad. Mungkin dalam sehari anda boleh berjumpa dengan beberapa orang sahaja. Itu belum termasuk dengan masa yang terbuang begitu sahaja dengan ‘traffic jem’!

Tetapi sekiranya anda berbisnes secara ‘online’, pelanggan anda tiada terhad! Sekiranya anda fokus kepada rakyat Malaysia sahaja, daripada statistik penggunaan internet, lebih 80% rakyat Malaysia menggunakan internet! Besar kan peluang prospek anda??

SEBAB 4 ( Kedai 24 Jam)

Dalam bisnes, masa begitu berharga sekali. Walaupun sesaat yang berlalu, ianya amat berharga, betul kan??

Ya, tidak dinafikan. Sebab itu, sekarang ini dah wujud banyak premis-premis perniagaan yang buka kedai mereka sehingga 24jam! Kenapa agaknya ya??

Sebab, pelanggan membeli tidak menentu masanya. Ada yang terlalu sibuk di siang hari, mereka suka membeli-belah di waktu malam. Kalau yang sibuk di malam hari, mereka membeli-belah di waktu siang. Maksudnya, dalam 24 jam sehari, akan wujud proses jual beli, setuju??

Soalan saya, anda mampu untuk membuka premis perniagaan anda 24 jam sehari?? Jika mampu, silakan. Kalau tanya pada saya, maafla, memang tak mampu.

Tetapi, melalui bisnes online, dengan cara anda mewujudkan ‘kedai online (website)’, anda sebenarnya telah membuka premis perniagaan anda 24 jam ‘non-stop’!Tak percaya?? Kalau tak percaya, anda kena buka ‘kedai online’ dahulu, baru anda akan percaya!

SEBAB 5 ( Kos yang minima)

Bila sebut pasal nak berbisnes, pasti perkara pertama yang akan tergambar di fikiran kita iaitu tentang modal, setuju bukan??

Ada orang cakap, kalau tiada modal dalam RM20K ke atas, jangan mimpi nak berbisnes! Betul ke??

Yela , nanti nak beli stok, nak bayar sewa kedai, duit minyak, duit keraian untuk cari pelanggan dan macam-macam lagi kos perlu ditanggung, tak guna duit ke semua tu?? (hehe betul jugak ek)

Tapi, dengan bermodalkan RM2, anda dah boleh berbisnes! Tak percaya?? Cuba anda pergi ke cyber cafe, anda buka online, dan mulakan berbisnes! Sejam anda ber’online’ baru kena caj RM2, tapi pulangannya tiada terhad!

Jadi, tiada alasan untuk anda tidak berbisnes secara online!

SEBAB 6 ( Tak Perlu Pekerja)

Sekarang negara kita Malaysia dilanda dengan kebanjiran pekerja-pekerja asing dari negara luar. Kenapa perkara ini berlaku?? Rakyat Malaysia dah tak cukup ke untuk menampung ruang pekerjaan yang terbentang luas?? Atau rakyat Malaysia ni terlalu memilih kerja??

Jawapannya adalah disebabkan kos untuk pekerja asing lebih murah berbanding pekerja rakyat Malaysia!

Jadi, tentu anda pun salah seorang yang sedang berkira-kira untuk ambil pekerja asing untuk mengendalikan bisnes anda (bagi yang berbisnes), betul kan??

Awas! Sekiranya anda benar-benar berbisnes secara online, jangan bermimpi untuk ambil pekerja! Kenapa?? Sebab sistem online yang akan bekerja untuk anda! Betul ke?? Kalau tak percaya, mula lah melangkan ke dunia bisnes online!

SEBAB 7 (Tiada had ruang premis)

Anda mengimpikan ruang premis yang besar agar anda boleh meletakkan pelbagai barang-barang jualan dalam premis anda seperti di Giant, Tesco dan sebagainya?? Agak-agaknya kalau ruang yang sebegitu besar, kosnya pasti besar bukan??

Ya, lagi besar ruang premis perniagaan anda, semakin besar kos yang anda perlu tanggung!

Tetapi, lain pula dengan bisnes secara online. Semakin besar kapasiti ‘kedai online’ yang anda bina, semakin jimat kos yang anda keluarkan! Seronok bukan??

Jadi, apa tunggu-tunggu lagi, cepat-cepatlah berbisnes secara online!

SEBAB 8 ( Boleh bisnes pelbagai dalam satu masa)

Orang bisnes biasanya banyak idea yang ingin dibuat dan dilaksanakan. Kekadang, dalam satu masa, ingin buat macam-macam bisnes sebab dah nampak hasilnya! Pernah terjadi kepada anda?? Ya, bagi saya, ianya pernah terjadi!

Akhirnya apa yang berlaku?? Akhirnya, penat sahaja yang dapat! Yang dikejar laju sangat larinya, yang dikendong entah tiba-tiba tercicir!

Tetapi ajaibnya, dengan bisnes secara online, anda boleh mengatur bisnes anda dengan lebih sempurna dan jangan pelik kalau dalam satu masa anda boleh berbisnes lebih dari 10 bisnes dalam masa yang sama!

SEBAB 9 ( Pendapatan tidak terhad)

Kalau kita bertanya kepada orang yang ‘makan gaji’, macam mana dengan pendapatan mereka, adakah pendapatan mereka sentiasa naik setiap bulan?? Tentu jawapannya “tidak!”.

Tetapi kalau anda bertanya kepada mereka-mereka yang berbisnes secara online secara serius, adakah pendapatan mereka naik setiap bulan, tentu mereka akan menjawab,”Luar biasa naik!”

SEBAB 10 ( Mewujudkan peluang pekerjaan)

Satu isu besar dalam negara Malaysia ialah isu pekerjaan! Susah sangat ke nak dapat kerja?? Atau dah tiada peluang kerja dalam Malaysia ini??

Kita jangan jadi orang yang hanya bergantung kepada peluang, tetapi jadilah orang yang sentiasa MENCIPTA PELUANG!

Dengan anda berbisnes secara online, anda sebenarnya telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada ramai orang yang mencari-mencari peluang pekerjaan yang MUDAH dan PANTAS!

Jadi, anda di pihak yang mana, yang mencari peluang atau yang mencipta peluang???

Semoga 10 sebab kenapa anda perlu berbisnes secara online ini dapat membuka minda mereka-mereka yang belum mahu berjinak-jinak dalam dunia bisnes online dan bagi mereka-mereka yang telah memulakan langkah, gagahkan langkah anda dengan mencari lagi ILMU dan PENGALAMAN!