MENGAPA ANDA HARUS MENJUAL SECARA ONLINE MENGGUNAKAN LAMAN WEB E-COMMERCE

Usahawan masih ramai tidak memiliki Laman Web E-Commerce
.
Di Malaysia Sarawak menduduki tempat yang paling tercorot daripada 15 negeri yang terdapat di Malaysia dengan Selangor seramai 544, Wilayah Persekutuan 203 usahawan dan Pulau Pinang 172 usahawan yang sudah memiliki laman web e-commerce
.

Secara keseluruhan di Malaysia seramai 1434 usahawan Malaysia sudah mempunyai laman web e-commerce

.
Kenapa kita tercorot??
.
1. Anda masih tunggu dan lihat orang lain berjaya baru nak buat
2. Masih mengharapkan bantuan kerajaan baru nak buat
3. Takut sebab tak pandai ilmu komputer
4. Kalau ada kursus free baru nak ikut
5. Tak apa Facebook dan Insta dah memadai
6. Nak buat Laman web e-commerce mahal sangat

Ada banyak lagi alasan yang tak perlu saya senaraikan dengan anda.
.
Business Online adalah peluang untuk anda menambah pendapatan dengan mudah dan cepat dengan kos yang minima
.
MENGAPA ANDA HARUS MEMILIKI LAMAN WEB E-COMMERCE
.
1. Kos Operasi Business Online Rendah
.

Berbanding dengan Business Offline kos operasi adalah amat tinggi. Kenapa tinggi?

a. Bayaran Sewa Buka Kedai Setiap Bulan
b. Bayaran elektrik,telefon dan air serta utiliti yang lain
c. Bayaran gaji pekerja
d. Kos sebelum membuka kedai adalah sangat tinggi
Bayaran deposit sewa
Bayaran Deposit Elektrik
Bayaran Telefon
Bayaran Pengubahsuaian kedai
.
Jika anda inginkan cara untuk meningkatkan penjualan lebih cepat, mengurangi kos operasi bisnis dan meningkatkan margin keuntungan untuk bisnis anda, laman web e-commerce adalah cara yang efektif untuk Anda.

Internet adalah platform yang hebat yang memberikan peluang perniagaan yang merentasi sempadan tanpa halangan dengan hanya menggunakan laman web e-commerce anda .
.
Berjuta-juta orang yang melayari internet setiap hari, mencari produk secara online. Perbelanjaan online meningkat dari tahun ke tahun dan dilihat sebagai kaedah yang mudah digunakan untuk membeli produk
.

Selain itu laman web e-commerce membolehkan anda untuk menggunakan berbagai teknik pemasaran dan penjualan untuk kemudahan orang ramai membuat pilihan dan tawaran harga yang menarik kepada pelanggan anda dan menjadi laman web e-commerce anda sebagai pilihan untuk berurusniaga secara cepat dan pantas
.
2. Perniagaan Anda Boleh Diniagakan Ke Seluruh Dunia
.
Laman web e-commerce anda mendekatkan anda dengan pelanggan anda di seluruh dunia. Anda hanya berada di rumah atau pejabat dan sekarang anda sudah boleh membuat urus niaga merentasi sempadan untuk mempromosi dan menjualkan produk anda serta jenama anda
.
Untuk membolehkan laman web e-commerce anda berjaya, anda mesti ada kemudahan internet,email dan telefon.
.
3. Meningkatkan Produktiviti Dan Keuntungan Anda
.
Laman web e-commerce anda sangat efektif untuk anda mengenalpasti produk mana yang mempunyai permintaan yang tinggi.
.
Dengan adanya permintaan yang tinggi ini, anda boleh meningkatkan lagi stok jualan anda dan memberi tumpuan yang lebih ke atas produk yang boleh menjamin keuntungan yang tinggi di pasaran dunia.
.
Dalam hal ini anda tidak perlu memfokuskan terlalu banyak produk untuk dijual dan skala kemampuan anda untuk membekalkan produk lebih terjamin dan tersusun.
.
4. Pengunjung Boleh Melihat Iklan Anda setiap Waktu
.
Dengan laman web e-commerce anda, Anda tidak menghadkan bakal pelanggan Anda, karena mereka dapat melihat laman web Anda pada bila-bila masa saja.
.
Ini bermakna dalam perniagaan online, Anda memaksimakan penjualan dan keuntungan Anda. Bagaimana penjualan Anda dapat dimaksimakan lagi?
.
Apabila pengunjung melawat laman e-commerce anda, Anda boleh memaparkan kepelbagaian produk anda serta penawaran harga produk yang berbeza mengikut produk yang ingin dijual.
Anda boleh melakukan ini melalui berbagai inisiatif penjualan seperti penawaran khusus dan inisiatif pemasaran online yang pelabgai.
.

Strategi penjualan utama yang harus Anda lakukan untuk meningkatkan penjualan online Anda meliputi seperti:
.

a. Upselling

Melibatkan penawaran produk yang berhubungan langsung dengan produk yang baru saja dipilih pelanggan untuk dibeli. Produk dengan dibeli dengan harga sangat rendah sehingga pelanggan tidak benar-benar harus memikirkannya, dan mereka biasanya memuji pembelian yang baru saja mereka lakukan sehingga membuat keputusan pembelian menjadi mudah. Dengan melakukan ini, Anda mendorong untuk permintaan yang tinggi ke atas produk anda
.

b. Cross-selling
Memungkinkan Anda untuk mendorong orang menghabiskan lebih banyak wang dengan membeli produk tambahan. Hal ini biasanya dikaitkan dengan produk utama yang dibeli oleh pelanggan Anda.
.
Anda juga boleh menggunakan pelbagai inisiatif pemasaran yang kuat di laman web e-commerce Anda untuk mendorong minat dari pelanggan baru seperti membawa pelanggan anda untuk bertindak dan penawaran khusus seperti tawarann terhad. Ini mendorong prospek untuk mengambil tindakan segera di laman web anda dan ini boleh meningkatkan konversi Anda dari pengunjung ke penjualan.
.
5. Mudah Untuk Menilai Pencapaian Perniagaan Online Anda
.
Anda mungkin bertanya bagaimana saya tahu produk saya berhasil dijual atau tidak dan bagaimana saya hendak menilainya?
.

Laman web e-commerce sebenarnya sangat mudah diukur dan dapat dilihat melalui sistem seperti Google Analytics. Anda dapat melihat statistik termasuk berapa banyak pesanan yang diproses melalui laman web Anda.

Kos Pengiklanan E-commerce juga lebih rendah daripada bentuk iklan lainnya. Strategi Search Engine Optimization secara percuma boleh meningkatkan rangking laman web Anda di Search Engine.
.
SEO adalah kaedah yang paling berkesan untuk mendorong pelanggan membuka laman web anda melalui google search.
.

6. Pembayaran Online Menggunakan Payment Gateway

Setelah laman web e-commerce Anda siap dibina dan adanya kemudahan payment gateway, Anda tidak perlu menghabiskan terlalu banyak waktu untuk menguruskan perniagaan anda. Ini karena keseluruhan proses pemesanan pelanggan dan pembayaran semuanya akan diaktifkan melalui sistem online. Ini akan memberi Anda lebih banyak waktu untuk menentukan produk baru yang Anda ingin jual
.
Sistem pembayaran yang boleh digunakan seperti Paypal, Google Checkout, dan lainnya. Ini akan memastikan semua transaksi pembayaran Anda diproses dengan cekap sehingga bisnis Anda menerima pembayaran secara efisien.
.

7. Margin Keuntungan Yang Labih Tinggi
.

Jika bisnis anda terlibat di sektor industri B2B, laman web e-commerce akan memungkinkan Anda menjual dengan margin lebih tinggi. Ini akan membuat keuntungan yang Anda hasilkan pada produk Anda semakin tinggi.
.
Pembayaran di laman web e-commerce anda ini juga berarti Anda memperoleh pembayaran 100% dari pelanggan secara langsung. Ini akan meningkatkan lagi keuntungan Anda, terutama bila pelanggan biasanya memberi Anda pembayaran dalam beberapa kali pembelian secara tetap setiapa bulan.

8. Kepercayaan Pelanggan Keatas Laman Web Lebih Tinggi
.
Berbanding dengan Facebook dan Instagram, kepercayaan pelanggan ke atas perniagaan online anda mealui laman web e-commerce adalah lebih tinggi berbandingan dengan media sosial yang lain.
.
Laman web e-commerce anda adalah merupakan kedai maya anda. Anda boleh mempromosikan pelbagai produk anda mengikut jenis perniagaan yang anda ceburi.
.
Kesimpulan
========
Sebagai usahawan yang terlibat dalam busines Online, kalau anda ingin berjaya anda kena cepat bertindak. Anda perlu mempelbagaikan ilmu anda dalam dunia perniagaan online.Anda kena cuba semua platform perniagaan online yang sedia ada dan yang paling wajib anda harus miliki ialah memiliki Laman Web E-Commerce anda sendiri.Pelaburan anda dalam business online adalah jauh lebih murah berbanding dengan perniagaan offline.