DANA INSENTIF USAHAWAN

MEMACU KE ARAH INDUSTRI 4.0

Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)

KUALA LUMPUR: MARA menawarkan Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)kepada para usahawan perniagaan bergerak yang menggunakan kenderaan, kontena, kabin atau karavan sejak 11 Mei lalu.

Timbalan Pengarah 1, Bahagian Pembiayaan Perniagaan MARA, Nor Zaini Abu Kassim, berkata antara kemudahan disediakan dalam pembiayaan SPiM itu ialah pembelian harta tetap iaitu mesin atau peralatan, pengubahsuaian premis perniagaan dan pemberian modal pusingan.

spim1

Kelayakan Pemohon

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas
  • Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut
  • Dapat menyumbangkan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek
  • Usahawan hendaklah melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan

 

Had pembiayaan diberikan untuk skim ini ialah RM250,000 untuk syarikat milikan tunggal atau perkongsian manakala RM500,000 bagi syarikat sendirian” katanya, di sini.

Nor Zaini berkata, mereka yang memohon pembiayaan itu perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, antaranya mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang perniagaan dan perusahaan yang dijalankan serta pernah menjalankan perniagaan, selain dikehendaki mengikuti kursus keusahawanan anjuran MARA atau agensi lain yang diiktiraf.

Beliau berkata, MARA turut menyediakan Skim Khidmat Nasihat Perniagaan kepada usahawan trak makanan yang menghadapi masalah atau mahu meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka.

 

Bantuan daripada skim ini turut merangkumi bantuan dari segi promosi, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan konsep, pemasaran dan juga ‘Business Coaching’.

“Khidmat nasihat ini dapat membantu para usahawan untuk menyemai keyakinan diri dan bagaimana untuk menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam perniagaan ini,” katanya.

Nor Zaini berkata, Business Coaching ialah kaedah bimbingan untuk meningkatkan keupayaan dan potensi seorang usahawan sama ada baru atau usahawan yang berpengalaman, mempelajari selok-belok perniagaan.

“Kaedah bimbingan merangkumi pengurusan dan pentadbiran perniagaan, memahami pasaran, proses kerja sesuatu tugas dan bagaimana untuk menjadikannya lebih efektif dan cekap, perkembangan perniagaan, motivasi dan pelbagai lagi,” katanya. – BERNAMA

Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck

Bagaimana Memulakan Perniagaan Food Truck

Berapakah Kos Yang terlibat Untuk Anda Mulakan Perniagaan Food Truck Ini?

Modal merupakan sesuatu yang paling utama dalam memulakan perniagaan dan diberi nilaian dalam bentuk wang ringgit yang anda miliki. Ia turut berperanan besar dalam menentukan kapasiti sesuatu perniagaan.

Apabila merancang untuk memulakan pernaigaan Food Truck, anda harus faham pelbagai perbelanjaan yang perlu dirancang. Walaupun mungkin anda mempunyai  pengalaman dalam industri pengendalian makanan sebelum ini, anda mungkin tidak menyedari semua perkara yang perlu dirancang untuk mengendalikan Food Truck. Disebabkan perbezaan jenis perniagaan, pertimbangkan bajet dan perbelanjaan berikut untuk perniagaan baru anda.

Jelas sekali jika anda menjual item yang telah dibungkus, ia akan menjadi lebih mudah untuk memastikan kos anda selaras. Tetapi bagi mereka yang memasak makanan sendiri, itu akan menjadi sedikit lebih rumit. Apabila anda perlu konsider untuk membeli bahan, bungkusan, kos pemasaran dan semua perbelanjaan yang sedang dijalankan dan dibahagikan dengan jumlah produk atau bahagian yang boleh anda jual pada hari, minggu, bulan atau tahun tertentu, soalannya ialah: Adakah anda membuat keuntungan?

5 perkara penting untuk bajet Food Truck anda:

  1. Kos untuk memulakan Food Truck

Terdapat beberapa perkara perlu dibeli yang agak memerlukan modal. Petama, anda memerlukan Truck. Harganya bergantung kepada jenis kenderaan, kenderaan baru atau terpakai. Food Truck baharu berharga RM 50,000-sehingga RM 70,000 dan anda sekurang-kurangnya harus mempunyai 10% daripada harga tersebut sebagai deposit.  Kos juga biasanya diperlukan untuk modifikasi Food Truck mengikut keperluan.

*Ingat: Jangan silap untuk membuat modifikasi yang berlebihan dan tidak bersesuaian dengan keperluan perniagaan anda. Ramai yang telah membuat kesilapan ini dan menanggung kos yang tinggi. Penyelesaiannya: kaji dan banyakkan bertanya kepada orang yang berkenaan.

READ  Rancangan Perniagaan Food Truck Malaysia: One Page Food Truck Business Plan

Selepas mempunyai truck, anda perlu sediakannya dengan peralatan untuk memasak makanan yang akan dijual. Jika anda menjual pizza contohnya, oven dan meja penyediaan makanan diperlukan. Namun jika anda menjual aiskrim atau ABC, penyejuk beku adalah peralatan utama. Lain-lain seperti: mesin generator, kuasa bateri pack dan pelbagai lagi.

  1. Permit atau lesen untuk Food Truck

Anda perlu memastikan bajet yang diperuntukkan termasuk permit, lessen atau  apa-apa yang berkaitan diperlukan untuk beroperasi mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kos permit atau lesen mungkin mengikut tempat, jadi pastikan semak terlebih dahulu jumlah bayaran yang perlu dibayar dan bagaimana bayaran dapat dibuat.

Anda juga perlu mendaftarkan perniagaan anda di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang memerlukan sekurang-kurangnya RM100. Lesen GDL (Goods Driver’s License) berharga RM 500. Lesen GDL ataupun lesen memandu lori barangan adalah sejenis lesen memandu kenderaan vokasional.

  1. Kos bulanan

Terdapat beberapa kos lain yang sentiasa diperlukan juga. Andakah anda akan menggajikan pekerja? Anda perlukan bajet untuk gaji mereka, Membeli bahan adalah kos bulanan dan penting, kerana tanpanya sudah tentu tiada produk untuk dijual.

  1. Kos yang diperlukan secara berkala

Salah satu kos lain yang sentiasa diperlukan untuk Food Truck adalah minyak petrol. Bergantung kepada berapa kerap anda bergerak setiap hari, tangki minyak perlu diisi mungkin setiap minggu atau lebih daripada itu.

Melainkan anda mempunyai kemahiran dalam membaiki kenderaan, anda turut memerlukan kos tambahan seperti; tukar minyak hitam, penukaran tayar, penyelenggaraan kenderaan serta penukaran peralatan yang lain. Perkara-perkara tersebut penting dan penyelenggaraan kenderaan boleh dilakukan pada hari tidak berniaga.

  1. Kos tambahan untuk Food Truck

Penting untuk anda menyimpan untuk kos-kos tambahan lain. Jika tidak, anda akan dalam kesusahan apabila ditimpa masalah. Tambah lebih 5-10% daripada bajet setiap bulan untuk perkara yang tidak diduga. Ia dapat memberi kelegaan kepada apa-apa masalah kewangan yang bakal tiba. Sebahagian perkara yang perlu konsider adalah seperti kos besar untuk membaik pulih kenderaan, tambahan pekerja, kos guaman dan banyak lagi. Setiap daripadanya akan memberikan masalah jika tiada wang simpanan.

READ  Panduan Lengkap Memulakan Perniagaan Food Truck Di Malaysia

Secara ringkas mengenai apa yang dihuraikan di atas, di sini disediakan sekali anggaran bagi pengiraan modal pada peringkat awal.

  • Daftar SSM : RM100 (wajib).
  • Daftar akaun bank : RM2,000 (wajib)
  • Lesen GDL : RM500 (kenderaan di bawah 3 tan wajib ada).
  • Deposit foodtruck 10% (harga on the road RM70,000) : RM7,000 (untuk kurangkan bayar bulanan).
  • Bayaran ansuran bulanan :RM600.
  • Papan menu/bunting :RM300 (kos boleh dikurangkan dengan menggunakan white/black board).
  • Sticker food truck basic :RM500 (terpulang citarasa korang).
  • Modal pusingan:RM3,000 (minimum).
  • Kelengkapan peralatan dapur:RM3,000 (bergantung pada perniagaan).
  • Stok barang mentah :RM2,000 (bergantung pada perniagaan).
  • Lesen niaga PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) :RM5,000 setahun (anggaran)
  • Kos Maintenance :RM300

 

Anggaran: Lebih kurang dalam RM30,000 untuk foodtruck skala kecil (tapi ia juga boleh cecah hampir RM100,000).

Ia mungkin kelihatan seperti harga yang agak banyak untuk memulakan perniagaan Food Truck. Tetapi, cuba bandingkan kos ini dengan restoran bata dan mortar. Harga keseluruhan yang tinggi dalam senarai ini tidak begitu hampir untuk dibandingkan dengan memulakan restoren yang kecil.

Menurut peniaga Food Truck yang berpengalaman, modal perniagaan yang digunakan itu akan berbalik semula dalam masa enam hingga satu tahun.

Anda perlu menganggarkan berapa banyak yang anda perlukan setiap bulan. Perbelanjaan untuk makanan perlu diperhatikan dengan teliti. Tambah bil mingguan anda, kemudian hitung kos makanan bulanan anda . Lakukan perkara yang sama dengan barangan kertas atau apa sahaja yang anda beli secara teratur.

Jika anda mempunyai masalah dari segi modal, cuba cari peluang untuk mendapatkan pinjaman seperti dari Majlis Amanah Rakyat (MARA). MARA menawarkan Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM) kepada para usahawan perniagaan bergerak yang menggunakan kenderaan, kontena, kabin atau karavan sejak 11 Mei tahun lalu. Had pembiayaan diberikan untuk skim ini ialah RM250,000 untuk syarikat milikan tunggal atau perkongsian manakala RM500,000 bagi syarikat sendirian.

MARA turut menyediakan Skim Khidmat Nasihat Perniagaan kepada usahawan trak makanan yang menghadapi masalah atau mahu meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka. Bantuan daripada skim ini turut merangkumi bantuan dari segi promosi, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan konsep, pemasaran dan juga ‘Business Coaching’.  Dengan segala kemudahan yang diberi, kini tiada alasan lagi untuk anda memulakan perniagaan Food Truck.