Apa Itu E-Dagang ( E-Commerce )

PENDAHULUAN 

Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat terutama dalam perkembangan internet telah membawa kepada penggunaan menyeluruh etronik(e) dalam bidang urusan harian saperti e-niaga, e-kerajaan dan termasuk juga e-dagang.Komponen penting dalam perniagaan secara e-dagang ialah e-mail dan dalam internet laman web. Perkembangan dan sambutan kepada bentuk perniagaan ini dijangka meningkat dan mendapat sambutan menggalakan. Ini dapat dilihat melalui kajian yang dibuat dianggarkan urusniaga melalui e-dagang meningkat dari tahun ke tahun iaitu $2 billion dalam tahun 1990 meningkat kepada $46 billion pada tahun 1995 dan pada tahun (2000) meningkat ke $73 billion ( Mondahl,1995 ). Sementara mengikut kajian oleh Visa International, perniagaan yang dijalankan secara e-dagang di seluruh dunia dianggarkan mencapai $1 trillion menjelang tahun 2003 , di mana sebanyak 20% adalah urusniaga yang dijalankan di Asia ( Berita Harian,23 Mac,1999). Dengan perkembangan yang menggalakkan berdasarkan sambutan perniagaan eletronik ini (berdasarkan kajian) akan mengubah trend urusniaga.

DEFINISI E-DAGANG 

E-dagang adalah merupakan satu proses pembelian dan juga penjualan yang dibuat melalui eletronik. Proses yang terlibat saperti pengiklanan, pesanan, penghantaran, pembayaran dan juga khidmat selepas jualan bagi perkhidmatan dan juga barangan. Menurut Lee Foong Yeaw (1998) e-dagang adalah: E-commerce includes any form of computerised commercial transactions. These transactions may mean buying and selling of products and services on networked computers over the Internet either by consumers or between company and company.E- commerce also includes handling purchasing transactions,electronic fund transfers (EFT), buying and selling of new “commodities” such as electronic information concerning stock prices and classified advertisements.

SEJARAH DAN EVOLUSI E-DAGANG 

Perkembangan E-dagang di dunia bermula sejak kemunculan internet dan seterusnya berkembang dan timbulah E-dagang ( E-commerce ). Internet lahir pada tahun 1969 di Amerika iaitu kelompok peneliti berhubungan dengan empat komputer di UCLA, Stanford Research Intitut, Universitas Utah dan Universitas California di Santa Barbara. Mereka telah mencipta sebuah jaringan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain yang di kenali istilah ARPAnet ( Advanced Research Project Agency ) yang mana merupakan salah satu bahagian keamanan Negara Amerika Syarikat. Selepas tiga tahun, lebih dari lima puluh universiti telah terhubung bersama-sama dalam jaringan (network), dan jaringan komputer yang lain mulai muncul di sekitar negara dan dunia. Seiring dengan perkembangan ARPAnet, yang diikuti pula dengan kerjasama jaringan antara kaum pendidik, dan eksperimen NASA mengenai jaringan komputer, jaringan ini mulai terhubung satu dengan yang lain, inilah awal mula dipakai istilah “Internet” Perkembangan Teknologi Informasi telah berhasil menciptakan infrastruktur informasi baru. Internet memiliki beberapa daya tarik dan kekeunggulan bagi para konsumen maupun organisasi, misalnya dalam hal kesamaan kecepatan data, akses 24 jam sehari, efisiensi, alternatif ruang dan pilihan yang tanpa batas, personalisasi, sumber informasi dan teknologi yang berpotensi dan lain – lainnya. Dalam konteks perniagaan, internet membawa impak transformasi yang menciptakan paradigma baru dalam dunia perniagaan yang di sebut “ Digital Marketing” Awal tahun 1990-an perniagaan di internet mulai berkembang pesat mencapai jutaan pelanggan, maka muncullah istilah baru Electronic Commerce atau lebih dikenali E-commerce. Perdagangan Elektronik juga dikenali sebagai e-dagang (Electronic Commerce). Ia adalah sebuah sistem perniagaan yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutamanya telekomunikasi canggih. E-dagang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu e-dagang di antara perniagaan dengan perniagaan dan e-dagang di antara perniagaan dengan pengguna. E-dagang di antara perniagaan dengan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau lebih syarikat di mana satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. E-dagang di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual produk akhir dengan pengguna. E-dagang menggunakan Internet untuk mewujudkan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit dan sebagainya dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak. Dengan adanya e-dagang, sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual beli di mana sahaja di dunia ini. Ia kini digunakan secara meluas terutamanya di negara-negara barat malah diakui oelh syarikat antarabangsa dan pakar pasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan. Internet pula boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan dalam dua cara iaitu yang pertama, memasarkan serta menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik. Cara yang kedua ialah mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet yang membolehkan pengguna membei barangan di rumah atau tempat perniagaan. secara umumnya e-dagang adalah model perniagaan yang mana segala aktiviti perniagaan dijalankan sepenuhnya melalui penggunaan internet sebagai mediumnya. aktiviti e-dagang merangkumi penggunaan laman web bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan, melakukan pemasaran menerima bayaran melalui internet dan pengurusan khidmat pelangan secara online. terdapat dua jenis perniagaan yang boleh di jalankan melalui medium internet iaitu yang berasaskan produk fizikal, produk digital dan produk perkhidmatan.

KEPENTINGAN E-DAGANG DALAM PERNIAGAAN

Teknologi merangkumi satu konsep yang sangat luas dan ia digunakan untuk merujuk kepada beberapa cabang sains dan kajian. Antara contoh teknologi adalah teknologi maklumat, teknologi perubatan, bioteknologi dan sebagainya. Teknologi juga merupakan pembangunan dan penggunaan alat, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Ia juga membawa maksud tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki dalam bidang ekonomi. Teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Pada masa kini teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi komputer malahan ia juga digunakan dalam proses komunikasi dan proses penyelesaian masalah dalam tugasan. Ia berfungsi sebagai media yang menyampaikan maklumat dalam bidang perniagaan. Selain menjadi komponen yang penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Sekiranya penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing sama ada di peringkat tempatan atau global. Selain itu, pembangunan teknologi akan bertambah pantas dan bukan sebaliknya. Kemajuan teknologi dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak meningkatkan daya saing dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. Kebanyakan syarikat telah menggunakan perisian, komputer dan internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari pasaran tempatan ke pasaran nasional dan global. Teknologi juga mewajibkan untuk kekal fleksibel dan menyesuaikan dan operasi mereka selaras dengan teknologi yang semakin maju ini.
Kelebihan-kelebihan teknologi kepada usahawan:
(a) Teknologi ialah antara kelebihan penting kepada setiap usahawan yang progresif dan mahu sentiasa membangun.
(b) Boleh menaikkan imej dan kredibiliti usahawan.
(c) Mengembangkan perniagaan ke negara-negara lain dengan mewujudkan teknologi moden seperti internet dan e-dagang.
(d) Mendapat maklumat mengenai promosi atau aktiviti syarikat dengan lebih cepat dan tepat, melalui pelbagai bentuk media.
(e) Meningkatkan produktiviti usahawan. Para usahawan dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan lebih pantas, efisyen dan tepat melalui emel, SMS dan pelbagai medium lain.
(f) Berkongsi, menyimpan dan menyebar maklumat. Pembentangan produk boleh dilakukan pada bila-bila masa dan lebih menarik dengan informasi yang tersimpan di dalam komputer atau tablet PC. Maklumat stok serta pelbagai strategi lain lebih mudah disimpan dan dirujuk dengan menggunakan perisian terkinu untuk memastikan perniagaan berjalan dengan lancar. Menyimpan maklumat pengguna dan produk belian mereka dengan efisien dan ini memastikan pengulangan pembelian kerana servis lepas jualan yang pro-aktif dan pantas.
(g) Bersedia utntuk pembangunan masa depan. Teknologi dapat memastikan statistik dan maklumat digunakan dengan cara yang terbaik bagi perancangan bisnes masa depan. Ia juga berkembang dengan pantas, selari dengan perkembangan dunia perniagaan.
(h) Penggunaan masa yang lebih efisien serta mencipta peluang pekerjaan yang baru.
(i) Memperbaiki mobiliti pernigaan. Teknologi telah memperbaiki jualan syarikat dngan membenarkan stokis menggunakan alat-alat elektronik peribadi untuk membuat paparan jualan serta menghantar pesanan dan maklumat pelanggan ke pejabat dengan cepat. Alat-alat elektronik ini telah memendekkan masa yang diperlukan oleh syarikat untuk menerima dan menghantar barangan atau perkhidmatan dan seterusnya mewujudkan kelebihan berdaya saing dalam industri.
(j) Komunikasi Dengan bantuan teknologi, proses komunikasi telah menjadi lebih murah, cepat dan efisien.
(k) Keberkesanan kos. Teknologi membolehkan proses perniagaan dikomputerkan diaman perniagaan akan mendapat pulangan yang tinggi dengan menggunakna peralatan mesin yang berteknologi.
(l) Globalisasi. Ia bukan sahaja menunjukkan perhubungan dunia yang rapat tetapi juga membenarkan ekonomi di dunia ini menjadi satu sistem yang bersifat saling-bergantung.

PENGGUNAAN E-DAGANG SECARA GLOBAL 

E-dagang telah digunakan secara global di serata dunia bagi mengembangkan perniagaan masing-masing. Dalam memasarkan barangan dalam dan luar negara e- dagang memainkan peranan yang amat penting dan sangat efesian sekali. Sebenarnya e-dagang penting dalam pasaran global adalah kerana ianya :-
– Menggantikan konsep manual Konsep yang dahulunya memerlukan pelanggan datang ke kedai dan mengisi borang untuk membeli barang, boleh di minimumkan dengan hanya sekali ‘clik’ di internet tanpa membuang masa dan tenaga.
– Pemasaran yang luas Pengguna internet yang semakin hari semakin ramai, berupaya untuk mencapai jumlah pengguna melebihi 60 juta dalam masa yang singkat. Hanya dengan menggunakan komputer dan internet akses sahaja peniaga dapat menjelajah di dunia perniagaan tanpa sempadan.
– Mengikut peredaran teknologi semasa Kebanyakan pengguna kini menginginkan sesuatu yang cepat walaupun barangan tersebut sukar dicari. Salah satu cara mereka ialah dengan mencari barangan di internet dan melakukan pembayaran terus secara online.
– Membantu pengguna mendapatkan barangan yang sukar dicari Kemungkinan sesuatu barang seperti ubat-ubatan atau barangan antik dari luar negara sukar diperoleh didalam negeri. Tetapi, sekiranya menggunakan khidmat e-dagang segala-galanya boleh didapati dengan begitu senang.
– Membantu institusi lain untuk menjana pendapatan (transaksi) Kemunculan pihak-pihak ketiga didalam e-dagang seperti syarikat-syarikat kewangan iPay88, Paypal dan sebagainya, membantu mereka menjana pendapatan dengan memberikan khidmat transaksi terbaik kepada pelanggan.
– Cepat dan mudah Membolehkan penjual menjual barangan mereka serta merta dengan menembusi pasaran global secara cepat dan mudah. Hal ini kerana produk yang dipaparkan di internet adalah 24jam sehari dan 7 hari seminggu tanpa sekatan.
– Mengurangkan kos Kos pembelian dapat diminimumkan. Pembeli boleh terus membeli daripada penjual atau pengeluar tanpa perlu membayar kos komisen kepada agen. Pembeli juga tidak perlu bersusah payah menghabiskan duit minyak untuk mendapatkan barangan tersebut.
– Keuntungan yang optimum Pasaran yang lebih luas iaitu melebihi 60 juta boleh menghapuskan golongan pertengahan dalam dunia perniagaan seperti agen dan sebagainya.
– Modal yang rendah Tidak memerlukan modal perniagaan yang tinggi seperti peniagaan offline, apa yang penting adalah idea, sebuah laman web dan internet. Modal yang diperlukan juga adalah rendah.
– Waktu bekerja yang flaksibel Jika sudah bekerja, tetapi inginkan pendapatan sampingan, maka perniagaan e-dagang adalah cara yang terbaik. Ini kerana, melalui perniagaan secara online peniaga tidak memerlukan 8jam sehari dan 5hari seminggu untuk ke tempat kerja. Tambahan, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa yang di sukai dan selesa.
– Bekerja dimana-mana Dimana ada laptop, disitulahlah ruang pejabat. Tidak kira sama ada di rumah atau di tempat-tempat awam seperti di dataran, restoran makanan dan sebagainya, asalkan selesa untuk melakukan kerja, segalanya boleh dilakukan. Secara tidak langsung dapat menjimatkan masa selama 2jam setiap hari, iaitu masa yang diambil untuk ketempat kerja. Malahan,sekiranya bekerja di rumah, penggunaan minyak kereta juga dapat dijimatkan.
– Perniagaan Automatik Anda tidak perlu sentiasa ada di depan laptop kerana perniagaan internet boleh di automasikan.
– Menceburi lebih dari satu perniagaan Memandangkan modal untuk memulakan perniagaan di internet jauh lebih murah berbanding berniaga secara offline maka, ini membuka peluang yang lebih kepada usahawan untuk mempelbagaikan perniagaan lebih dari satu jenis.

TAHAP PENGGUNAAN E-DAGANG DI MALAYSIA 

Pengguna Internet Bilangan pengguna Internet di Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta orang pada 2012, demikian menurut Laporan Ekonomi 2013/3014 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan di sini hari ini. Menurut laporan itu kadar penembusan jalur lebar isi rumah pula meningkat kepada 66.8 peratus pada akhir Jun 2013 manakala dengan kadar penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, kini terdapat 42.6 juta langganan. Statistik juga menunjukkan lebih banyak pengguna Internet di Malaysia adalah pembeli berbanding penjual dengan saiz pasaran urus niaga dalam talian di Malaysia dijangka mencecah RM5 bilion menjelang 2014 berbanding RM1.8 bilion pada 2010. Menurut laporan itu, Malaysia adalah antara tiga negara teras di Asia bagi purata perbelanjaan dalam talian pada tempoh 12 bulan lalu dan ini dipacu oleh perkhidmatan pelancongan, khususnya tiket penerbangan dan tempahan hotel, telah menerajui pembelian produk dan perkhidmatan dalam talian. Tambahan pula pembelian melalui Internet telah dipermudahkan lagi dengan pembayaran elektronik melalui perbankan dalam talian atau kad kredit. Menurut laporan berkenaan, peningkatan jumlah pengguna Internet dan pembeli dalam talian menggambarkan potensi pasaran yang luas untuk perniagaan dalam talian. Syarikat yang tidak mempunyai laman web atau menawarkan pembelian dalam talian perlu mengubah perniagaan tradisional mereka kepada perniagaan dalam talian supaya tidak kehilangan pengguna yang semakin meningkat. Tambahan pula, adalah penting untuk perniagaan menumpukan perhatian kepada pelanggan telefon mudah alih kerana bilangan mereka jauh melebihi pengguna Internet. Laporan itu menyebut rakyat Malaysia semakin banyak menghabiskan masa melayari Internet berbanding media lain seperti televisyen, radio dan suratkhabar dengan penggunaan Internet yang meluas untuk rangkaian sosial. “Kadar penembusan rangkaian sosial sebanyak 91 peratus dengan satu daripada tiga minit yang digunakan dalam talian adalah untuk rangkaian sosial. 11.8 juta rakyat dianggarkan mempunyai akaun Facebook dengan lebih 80 peratus melayari Internet untuk mengakses Facebook,” kata laporan itu. Laporan itu turut menyebut kebanyakan perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana masih kurang menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) kerana sumber kewangan yang terhad, kekurangan pengetahuan teknologi, serta kos juruteknik dan aplikasi perisian yang tinggi. Jelas laporan itu, capaian Internet adalah rendah bagi PKS dan usahawan disebabkan kos jalur lebar dan pendaftaran domain yang tinggi. “Sebagai contoh, pada 2010, kos sebanyak AS$143 dikenakan untuk mendaftar domain di Malaysia berbanding AS$64 di Taiwan dan US$24 di Amerika Syarikat,” kata laporan itu. PKS meliputi 97.3 peratus atau 645,136 daripada semua pertubuhan perniagaan di Malaysia tetapi hanya 100,000 perniagaan yang mempunyai laman web dengan hanya 20 peratus daripada PKS menggunakan ICT secara meluas dalam operasi harian mereka, kata laporan itu. Laporan itu menambah pada 2010, penembusan jalur lebar dalam kalangan perniagaan adalah rendah pada kadar 33 peratus manakala perbelanjaan pengiklanan dalam talian juga rendah, hanya satu peratus daripada bajet perniagaan di negara ini. Ia turut menarik perhatian bahawa terdapat juga isu seperti keselamatan dan rangkaian yang mana menurut Paypal, lebih banyak pengguna akan menambah pembelian dalam talian sekiranya aspek keselamatan dipertingkatkan. Kesimpulannya, menurut laporan itu, adalah penting untuk PKS dan usahawan serta pengguna menggunakan ICT serta menerima teknologi digital secara menyeluruh selari dengan transformasi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi.

CABARAN/HALANGAN PENGGUNAAN E-DAGANG

E-dagang juga banyak memberikan keburukan kepada pengguna iaitu ketersampaian kadar sesuatu barang yang perkhidmatan yang digunakan ditempah.perkhidmatan yang baik merupakan faktor utama pengguna menggunakan perkhidmatan e-dagang melalui internet.akan tetapi,barang yang ditempah daripada pengusaha tidak akan cepat sampai kepada para pengguna.ini menyebabkan para penguna tidak yakin dengan e-dagang. dari segi kepuasan juga,turut mempengaruhi para pengguna menggunakan perkhidmatan e-dagang ini.para pengguna lebih mementingkan kualiti sebenar sesuatu barangan yang dibeli.pengguna yang bijak tidak melihat sesuatu barangan dari segi luaran semata-mata tanpa mengetahui kualiti sebenar barang tersebut.contohnya,para pengguna hanya dapat melihat katalog yang diiklankan dalam perniagaan internet.jelaslah,e-dagang dapat menimbulkan kesan baik dan buruk kepada para pengguna.sekiranya perkhidmatan e-dagang ini digunakan sebaik-baiknya akan memberikan manfaat kepada pengguna.akan tetapi sekiranya pengguna yang tidak bijak menggunakan perkhidmatan ini akan menyebabkan mereka kerugian. Namun begitu terdapat beberapa kelemahan dengan sistem urusniaga menggunakan e- dagang. Saperti juga kebaikan, kelemahan boleh dilihat daripada sudut peniaga dan juga pelanggan.
Kelemahan Dari Sudut Peniaga.
– Tidak Upaya Mempamirkan Barangan Sebenar Pengeluar tidak dapat mempamirkan barangan yang sebenar terutama bahagian atau perkara yang sukar digambarkan secara terperinci dalam laman web. Keadaan akan menyebabkan kelebihan yang sepatutnya dapat dipamirkan melalui penglihatan dan sentuhan akan tersembunyi. Barangan atau perkhidmatan yang sepatutnya dapat memenuhi kehendak pengguna akan terpinggir dan ditolak oleh pengguna disebabkan tidak jelas dipamirkan
– Kesulitan Dalam Memberi Penerangan Dan Maklumbalas Intraksi secara lintas langsung dalam hubungan terus sukar diwujudkan. Tidak ramai sasaran akan memberi maklumbalas kepada pengeluar kecuali mereka yang telah membeli dan memerlukan membuat aduan kerosakan. Mereka yang belum mencuba akan beralih ke barang penganti lain yang bersamaan jika penerangan tidak jelas kepada pengguna.
Kelemahan Dari Sudut Pembeli
– Pesanan Tidak Diterima Pembeli menghadapi risiko apabila pesanan yang dibuat kepadapengeluar yang menghadapi masalah dan proses penutupan atau syarikat yang beroperasi secara menyamar. Pembayaran yang telah dibuat akan hilang dan pihak pembeli mengalami kerugian.
– Barang Yang Di Pesan Tidak Menepati Saperti Diiklankan Tidak semua pembeli dapat memahami dan menginterpretasi dengan setepatnya barangan yang diiklankan. Terdapat juga pengiklanan yang mengelirukan, akibatnya barangan atau perkhidmatan yang dipesan tidak memenuhi maksud fahaman oleh pembeli.

ISU BERKAITAN E-DAGANG

Keselamatan Perkembangan teknologi internet tidak menjamin bahawa pesanan dibuat tidak dipintas dan diubah. Kerugian yang dihadapi oleh pembeli bukan sekadar dipintas dan dibuat perubahan terhadap pesanan tetapi pembeli akan lebih terdedah kepada risiko pengubahan alamat penghantaran barangan.
Percukaian Sistem percukaian adalah meliputi cukai jualan dan juga cukai pendapatan. Jika hendak dikenakan bagaimanakah caranya untuk dikenakan? Jika tidak dikenakan atau dihapuskan akan merugikan pihak kerajaan yang mana cukai jualan merupakan penyumbang kepada hasil negara. 8.3. Penipuan Dari sudut pembayaran juga merupakan satu kelemahan di mana 20% pelanggan telah membuat laporan mengenai kehilangan kad kredit (Pankaj Kamthan,1999). Kad kredit merupakan elemen penting dalam pembayaran melalui e-dagang. Perlukan dibuat penghantaran sebelum memastikan kad sebenarnya? Buat masa ini belum lagi ada pihak yang berani memastikan segala yang dihantar melalui eletronik adalah selamat 100%. Menurut laporan terdapat bukti yang membabitkan penipuan urusniaga di internet dunia bernilai AS$3.2 bilion(RM12.16 bilion) pada tahun 1999 (Berita Harian, 1 Ogos 2000)
Syarikat Tiada Mempunyai E-Dagang Mengikut kajian yang dibuat di Amerika Syarikat oleh Ellis Booker terdapat 65% daripada syarikat perniagaan tidak mempunyai e-dagang. Daripada jumlah itu juga tiada mempunyai strategi e-dagang secara menyeluruh dan hampir satu per empat daripadanya tidak mempunyai asas perniagaan dan perancangan perlaksanaan bagi e-dagang. Kajian itu juga mendapati kesukaran bagi mengenalpasti hubungan di antara perniagaan dengan teknologi maklumat.

KELEBIHAN/KEBAIKAN PERNIAGAAN E DAGANG

Sememangnya e-dagang ada kebaikan dan keuntungan menggunakan kaedah e- dagang ialah perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat-syarikat yang berhubung baik dengan pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan berkenaan. ia memudahkan pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan dengan sekelip mata serta tidak dibelenggu dengan kerenah pengisian borang-borang dan birokrasi (majalah pc, mei 2006). kebaikan e-dagang yang ketara ialah dari sudut memberi keselesaan membeli- belah dalam ketenteraman rumah. keadaan ini memberi peluang kepada pembeli untuk berbincang bersama ahli keluarga sebelum membuat pembelian. belian yang menepati keperluan seisi keluarga adalah menjimatkan. selain itu e-dagang berupaya memberi maklumat yang mesra pelanggan dan terkini. kemesraan ini terletak kepada susun atur yang mudah untuk dilayari serta mempunyai penerangan untuk setiap barangan dalam laman web. maklumat yang diberi bertujuan untuk membolehkan pengguna membuatpilihan dengan betul. Kelebihan atau kebaikan perniagaan perlu dilihat dari dua sudut iaitu sudut peniaga dan pengguna.
Kebaikan Dari Sudut Peniaga
– Kos Rendah Dengan menggunakan e-dagang, dapat menghapuskan atau mengurangkan kos sewaan gudang, insuran, sewaan, kawalan serta lain- lain kos yang berkait dengan kos penyimpanan dalam transaksi pemindahan barangan atau perkhidmatan berlaku.
– Hubungan Terus Dengan Pelanggan Peniaga dapat berhubung terus dengan pelanggan bukan sekadar mendapat maklumat balas secara terus tanpa melibatkan pihak ketiga tetapi juga cepat dan secara talian terus(on-line). Dengan itu dapat membaiki segala kelemahan dengan segera. Ini mempercepatkan dalam melakukan perubahan terhadap polisi dan strategi.
– Memudahkan Melakukan Perubahan Perubahan dari segi bentuk pengiklanan, harga serta lain-lain perkara yang bagi menyesuaikan dengan keluaran baru yang bersesuaian dengan keadaan semasa dapat serta memenuhi kehendak pelanggan, mudah dan cepat sampai ke sasaran
– Kawasan Pemasaran Yang Luas Melalui e-dagang yang menggunakan internet, peluang untuk mengiklan dan memasarkan barangan atau perkhidmatan tanpa sempadan dapat dilakukan.

Kebaikan Dari Sudut Pengguna

– Banyak Pilihan Pengguna mempunyai banyak pilihan dan dapat membuat perbandingan daripada segi harga, kualiti dan juga perkhidmatan. Dengan itu pelanggan dapat membuat pilihan yang tepat dan dapat memenuhi kehendak mereka pada kadar yang lebih tinggi.
– Menjimatkan Masa Pembelian melalui e-dagang dapat menjimatkan masa, perjalanan serta dapat menganalisis barangan atau perkhidmatan dengan tidak perlu membuat pergi ke kedai atau kilang berkenaan, Cuma sekadar membuat rayauan di internet dan seterusnya membuat pesanan jika perlu.

– Tiada Kos Tambahan Pembeli dapat terus membeli dengan pembekal dan tiada atau mengurangkan melibatkan orang tengah. Ketiadaan penglibatan orang tengah pastinya tidak akan menyebabkan tambah kos atau komisen serta upah tambah yang terlibat.

– Membuat Perbandingan Lebih Tepat Pembeli dapat membuat perbandingan harga atau perubahan spesifikasi dengan cepat dan ddaripada dieksplotasikan oleh penjual berkait dengan “permainan” harga murah dengan mengurangkan item pada tawaran terdahulu. Ini dapat dibuat perbandingan jika tawaran terdahulu telah di simpan (save) terlebih dahulu.

FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN E-DAGANG

Malaysia merupakan salah sebuah daripada 20 negara perdagangan terbesar di dunia dan merupakan salah sebuah pembekal terbesar dunia bagi barang-barang seperti produk berasaskan getah, produk berasaskan kelapa sawit, produk berasaskan kayu, produk elektronik dan ICT, produk automotif, tekstil, buah-buahan dan makanan, dan produk-produk petrokimia. Aktiviti-aktiviti perdagangan dan e-dagang atau juga dikenali sebagai e-Commerce dikenalpasti dalam Rancangan Malaysia Ke-9 sebagai salah satu sektor penting bagi pertumbuhan ekonomi negara. Usaha-usaha pembangunan dalam sektor perdagangan akan terus diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

SARANAN POLISI DAN STRATEGI E-DAGANG DI MALAYSIA 

Beberapa polisi dan strategi yang boleh diambil oleh Kerajaan dan peniaga bagi perniagaan e-dagang di Malaysia dengan lebih berkesan. Namun begitu beberapa isu atau perkara perlu diberi perhatian semasa merancang dan polisi dan strategi bagi e- dagang di Malaysia terutama berkait dengan adat resam, agama, kebudayaan kerana ianya terdiri masyarakat majmuk. Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk terdiri daripada berbilang bangsa dan agama akan menjadikan kelainan dalam merencanakan polisi dan strategi bagi e dagang. Polisi dan strategi perlu dimainkan oleh kedua-dua belah pihak iaitu pihak swasta dan juga kerajaan.
Pihak Kerajaan – Pihak kerajaan perlu memberi sokongan berkaitan dengan aspek perundangan yang tidak membebankan, mudah dan konsisten. Peraturan hendaklah telus serta melindungi hak, harta dan mengawal penipuan. – Membanyakkan insentif kepada pihak swasta membangunkan perniagaan e-dagang. – Kerajaan tidak akan membuat penghalang kepada perkembangan e-dagang dengan mengadakan sekatan-sekatan – Meminda dan mengubal undang-undang e-dagang dari masa ke semasa bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa demi untuk memperkembangkan urusniaga e-dagang. – Melaksanakan dasar tiada tarif atau cukai dikenakan bagi cukai jualan ke atas urusniaga e-dagang. – Mengalakan self regulated industry kepada sektor swasta – Mengadakan infrastuktur telekomunikasi secara menyeluruh untuk dipergunakan dalam urusniaga. – Menerap kecekapan ilmu IT kepada masyarakat bagi memboleh dan mempercepatkan mereka berkebolehan untuk menggunakan alatan teknologi maklumat seterusnya membolehkan mereka berurusan dalam perniagaan eletronik.
Pihak Swasta – Mengadakan sistem pembayaran eletronik yang lebih fleksibel dan menjamin keselamatan pembayaran oleh pembeli. – Menjamin bahawa hakmilik dan data peribadi pelanggan dijamin selamat guna untuk memberi keselesaan kepada pelanggan. – Menjamin keselamatan dan pengguna tidak mengalami kerugian dan mempunyai kemudahan membuat aduan. – Mengadakan kemudahan untuk pelanggan berintaksi dengan menggunakan konsep mesra pelanggan. – Pihak swasta sebelum membuat perancangan polisi dan strategi dibuat perlu melihat suasana persekitaran dan polisi yang disediakan oleh kerajaan supaya tidak bercanggah dan bertentangan dengan dasar kerajaan. – Mengadakan kaedah yang menjamin bagi pelanggan mendapatkan semula wang mereka jika ianya tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. – Menwujudkan banyak tempat perkhidmatan kepada pengguna samada ada untuk membuat pesanan atau aduan atau khidmat selepas jualan saperti kiosk.

KESIMPULAN

Kejayaan e-dagang memerlukan gabungan perkongsian diantara swasta dan sektor awam. Dalam kaitan ini sektor awam perlu menjadi peneraju dengan mengelakan kekeliruan, pertentangan di antara beberapa agensi kerajaan serta berhati-hati supaya tidak timbul pertelingahan daripada sudut kewibaan (authority). Kepesatan dalam meningkatkan infrastruktur komunikasi dalam bidang teknologi maklumat akan mempengaruhi kelajuan penerapan e-dagang bagi sesebuah negara. Malaysia sudah pun menuju ke arah itu dengan projek Lebuhraya Multimedia. Dengan itu dijangka urusniaga melalui e-dagang akan menjadi satu budaya urusniaga yang menggalakan dalam masa yang terdekat. Perdagangan e-dagang mempunyai peluang yang sangat besar di dalam kegiatan atau urusan perniagaan di Malaysia. Disamping itu juga memperkenalkan cara dan gaya baru dalam urusniaga. Oleh yang demikian peniaga harus bersedia dan merangka polisi dan strategi bagi memasuki pasaran baru dengan e-dagang. Para peniaga dan usahawan dalam negara perlu mengambil peluang dalam dunia teknologi maklumat bagi memasarkan barangan dan perkhidmatan mereka. Tidak mengira lelaki atau perempuan harus merebut peluang yang ada bagi memajukan perniagaan masing-masing. Penggunaan yang menyeluruh dalam dunia internet sebenarnya banyak membawa kebaikkan baik untuk individu ataupun negara.